Perkara yang terdetik apabila melihat karya Datuk Ibrahim Hussein ialah satu.... ianya tidak murah. Menurut penggemar karya seni, lukisan bertajuk Pink Flows (1980) dianggarkan telah pun mencecah nilai RM 1 billion! Warna merah jambu terserlah mendominasi segenap ruang di dalam karya Allahyarham yang dihasilkan pda 1980 ini, juga sentuhan warna putih bagi manampakkan focal point yang kontra. Agak abstrak kerana tidak dapat dipastikan apakah subjek yang diketengahkan, namun flow menerusi warna merah jambu itu dapat dilihat.
Karya Allahyarham Jeri Azhari yang bertajuk Azman ini pula merupakan calitan perakam wajah potret art collector sendiri, Tan Sri Azman Hashim. (barangkali wajah beliau ketika muda...). Digelar sebagai Bapa Pop Art Malaysia, penggunaan arcylic on canvas, Jeri Azhari berani bermain dengan warna-warna terang seperti warna kuning, cyan dan merah jambu yang mana ianya seriring dengan tema pop art itu sendiri. Jeri Azhari berjaya mengintalasikan wajah Tan Sri Azman sebagai karya potret yang menonjol dan tidak konvensional seperti karya potret yang sedia ada. Sebagaimana Mendiang Georgette Chen dan Allahyarham Ibrahim Hussein yang telah meninggalkan legasi yang tersendiri, karya Allahyarham Jeri Azhari patut diberi pujian kerana masih bisa berkompromi dengan komersial.