Saturday, October 12, 2013

Nasik Goreng Ayam J.O~~~

Ini Nasik goreng yang aku masak pagi tadi dan ianya tidak benar sama sekali....

I wish my nasik goreng look like above...but its not. Hahaha, ader kome percaye itu nasik goreng teman, luruih bebenor lah kome.....It just a wish, but not possible....Don't Stop Believing bebeh!hahahaa (giler ke hape aku nieh......)

Takde ape, sekadar teringat memori nan lalu. Aku tak pernah cerita dan mungkin tak ramai yang perasan. Boleh aku katakan zaman pembelajaran aku ketika diploma agak mewah, berjoli sakan, jimba-jambu tak hengat akhirat....mungkin jadi hanyut dengan kemudahan yang ada...dengan PTPTN semua, berlagak macam Qarun dapat harta.....jadi aku lalai, lalai dalam erti kata yang sebenar. Maka disebabkan itu, zaman belajar diploma aku bukan lah sesuatu yang boleh aku banggakan.....malah rasa macam nak tanam jauh2....tapi itulah namanya pengalaman....hasil dari kesilapan lah aku belajar, maka aku memastikan semasa diperingkat ijazah aku tak mahu kesilapan yang sama berulang...dan Alhamdulillah. :D

Tapi lain cerita masa aku belajar untuk Master level. Apa yang aku rancang dan bayang tidaklah menjadi 100%.....Mase sesi pengenalan barulah aku tahu, untuk Master batch aku tahun 2010, kelas kami takkan dijalankan di UiTM Shah Alam, tapi di UiTM Jalan Othman....(  ( O_o;) errkkk....kat mano tu?)...Kat Petaling Jaya....then I'm Whutttt???? Shah Alam nie pun aku tak khatam jalan, ini kelas sampai ke jalan pakcik othman mane ntah.....Awat jauh bebenoooorrrr???!!! dan paling penting....cemano nak pegiii???

Aku dah membajet dan rancang perjalanan aku dari banting ke shah alam,....perlu maklum, aku tak mempunyai kereta mahupun motorsikal berkuasa tinggi seperti anak2 bertuah yang lain walaupun aku ader full driving licence....(full ok, bukan P). Jadi aku agak kekalutan....cemane nak pegi? cukup tak duit? kalau sesat cemane? dan aku rase cam dah putus harapan.....hanya kerana aku tak tahu kat mane Jalan Othman tu....

Well, pengalaman kali pertama takdelah teruk mana sebab aku terlajak sampai ke Central Market, padahal aku kene berhenti kat Asia Jaya....(barulah aku tahu ada tempat namanya Asia Jaya)....Tanggapan pertama aku, PJ adalah sebuah bandar cam KL...dan aku memang betul....jadi aku kene berjage dalam semua hal, terutama sekali perbelanjaan.....Aku tak boleh nak bermewah macam dulu. Dulu aderlah PTPTN, tapi kini aku kene bergantung hidup dengan sumber yang ada....dengan duit upah buat design dan juga bantuan mak abah.....

Maka aku gunakan kemahiran yang ada dan pengurusan waktu yang ada....sebelah pagi aku bekerja menyiapkan design, tepat pukul 11.00 pagi, aku buat nasik goreng alar kadar....tapi tak cukup dengan nasik...aku perlu memastikan kalori yang aku hadam perlu cukup untuk aku bertahan sampai ke malam sebab kelas aku start pukul 3.00 sampai pukul 5.00 ptg...kemudian kelas 7.45 mlm hingga 9.30 mlm.....disebabkan aku tak khatam dengan kedai makan yang ada dan tak mahu membuang masa terlalu lama di luar hanya kerana nak mencari kedai makan, maka aku decide untuk bawak bekal dari rumah, sesuatu yang aku tak pernah buat, even mase di peringkat sekolah pun aku tak pernah bawak bekal. Tapi sekarang dah berubah.....tapi macam aku cakapkan tadi, nasik goreng tak cukup....tapi mesti wajib ada ayam drumstick seketul sebagai penyedap rasa! Ini memang crucial, sebab aku penggemar ayam tegar, harga nya murah, sedap dimasak dan tahap kekenyangan yang maksima!....Bila makan kene ade air, dan air pun bekal juga ....bekal aku cuma Milo Mocha 3 in 1

Milo kegemaran aku, tapi sayang dah takde dah kat pasaran~~~
Aku penggemar milo dari dulu lagi tapi kenape ntah mase time diploma, tiap kali aku minum milo mesti mengantuk ya amattt...jadi aku menjauhkan diri dengan minuman kegemaran aku nie...sampailah aku bekerja di Cyberjaya, seorang kawan ini telah memperkenalkan aku dengan perisa milo ini dan aku terus jatuh cinta, dan paling penting aku tak mengantuk langsung!!...cuma bawak sachet dia sahaja, kemudian aku campurkan di dalam thermos yang dibawa siap2, dengan water heater yang tersedia di bangunan pentadbiran UiTM Jalan Othman....ataupun lebih dikenali sebagai J.O......

Ntahlah jika ada yang memandang aku sebagai kedekut tak bertempat, berjimat teruk sangat dan sebagainya, tapi inilah caranya aku melihat diri aku agar tidak lagi leka macam dulu.....zaman honeymoon dah lama berlalu, inilah cara aku mendidik diri agar tidak lagha dengan keindahan yang ALLAH s.w.t pernah beri dahulu....dan Alhamdulillah, penantian dan kesabaran juga sikap berjimat aku berbaloi akhirnya~~~~

Sunday, September 29, 2013

Haloooowwww~~~~

After 2 years, now I'm back people!!!!


Hahaha....cam bajet bagus sangat ko kan.....mane ko pegi? 

Well dear bloggie, sorry for a very long term disappear....hidup terumbang ambing seketika....last time aku masih mem'blog' adalah ketika aku kat UiTM Jalan Othman...sambung Master. Namun akibat di 'rehat'kan oleh pemeriksa ViVa aku....serta merta aku jadi down sangat2.....nak buat ape semua serba tak kena....maka tumpuan selama dekat setengah tahun adalah nak menyiapkan thesis aku.....berulang alik banting ke Shah Alam-KL-Arkib Negara....selama 4 bulan!!!! Life is not easy babe, same goes too with study.....which is veryyyy not easy....hahaha, rosak BI aku yang dah sedia rosak.....

Namun itu semua 2 tahun yang lepas...kini tidak lagi....Kini aku berjaya mencapai cita2 yang aku laungkan dahulu...menjadi pensyarah.....and I'm happy with my life.....tapi masih belum menentu lagi....kenape? Well, I tell u later.......

Tuesday, February 22, 2011

Nouveau

- pergerakan seni yang mempengaruhi segala bentuk ciptaan dan binaan, seperti architecture, ceramics, painting and graphics.

- memberi penekanan pada wajah dan figura, disamping keindahan dekoratif dan motif nouveau art yang menghiasi dan menjadi bingkai, yang mana ianya mempunyai nilai dan makna yang tersirat.

- Mudah menarik minat orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat akan mesej yang cuba disampaikan.

Monday, February 21, 2011

Pilihanraya Umum 2008

Seiring dengan perubahan zaman, peningkatan gaya hidup sosial, sensetiviti pemikiran serta senario politik Malaysia turut juga berubah. Sebagai negara yang menjalankan demokrasi dan mengamalkan sistem Raja berpelembagaan, Malaysia menjalankan Pilihanraya Raya Umum setiap 5 tahun untuk rakyat Malaysia sendiri memilih parti yang mereka rasakan layak untuk menerajui negara.

Kekalahan teruk Barisan Nasional kepada Parti Pembangkang pada tahun itu merupakan tamparan terbesar dan paling rekod paling teruk BN semenjak pilihanraya umum diadakan. Ramai mula menunding jari, dan ramai juga yang sudah mengagak kekalahan Barisan Nasional memandangkan prestasi parti pemerintah yang mula menunjukkan kemerosotan. Di kesempatan isu yang berlaku, penerbitan kartun editorial di Malaysia mula menampakkan taring dalam mengkritik, menghangatkan suasana dengan sindiran pedas sebelum dan sesudah keputusan pilihanraya.

Tak semua editorial kartunis mempunyai suara yang senada dalam menghasilkan karya mereka. Ada yang sinis dengan kritikan tajam, mempertikaikan ketelusan pengarah SPRM 2008 dalam mengatasi pengundi hantu,ada yang sinis dengan janji-janji yang ditabur oleh Datuk Sri Khalid Ibrahim yang kemudiannya menjadi Menteri Besar Selangor setelah PKR berjaya mengatasi BN, dan ada juga bersenda dengan suasana pilihanraya tapi tidak mengkritik dengan begitu keterlaluan.

Tuesday, November 9, 2010

DongSon

Sejarah membentuk manusia, sejarah juga merupakan penanda aras kebijakkan manusia menongkah zaman dalam memperjuangkan survival hidup. Itulah yang tergambar ketika manusia yang hidup di zaman Neolitik menggambarkan kehidupan yang mereka jalani di zaman itu. Ianya terukir dengan penuh simbolik, aktiviti harian mereka, apa yang mereka miliki, dan apa yang mereka percaya, terpahat di permukaan sebuah gendang yang diberi nama Dongson gendang.

Kesenian yang mereka miliki nyata amat tinggi nilainya. Kemahiran mengendalikan bahan logam seperti tembaga adalah amat sukar. Namun hasilnya amat mengagumkan dengan artifak yang telah mereka tinggalkan untuk tatapan kita pada hari ini.

Selain memberikan gambaran kehidupan yang mereka jalani di zaman itu, penggunaan imej binatang seperti burung, kerbau air, katak, mahupun objek terbesar di dalam sistem solar kita iaitu matahari memberi makna akan signifikasi yang tersendiri. Jelas mereka begitu menghargai apa yang ada di sekeliling mereka ketika itu.

Seperkara yang jelas dalam penghasilan gendang Dongson ini adalah motif-motifnya kerap berulang. Meskipun gendang Dongson ini terbahagi kepada beberapa jenis, juga mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz mengikut peredaran masa, namun masih kekal dengan menggunakan imej dan motif yang sama.

Zaman berlalu, teknologi dan ketamaduan turut mengalami perubahan. Dongson diketika ini hanya menjadi artifak sejarah dan ada juga usaha mereka yang kreatif membuat salinan semula Dongson gendang, bentuk dan corak yang hampir sama tapi kali ini dijadikan sebagai meja dengan meletakkan kepingan kaca tebal di atasnya dan dijadikan sebagai penyeri hiasan ruangan taman dan halaman rumah.

Konklusi

Wayang kulit telah lama diiktiraf sebagai salah satu khazanah traditional negara. Penghasilannya untuk menghiburkan masyarakat berzaman dahulu bagi mengisi malam mereka, walaupun beraksi di belakang kelir...namun kehalusan corak yang tertukir dan keceriaan warna pembuatannya tetap terserlah. Setiap penceritaan, ianya hadir dengan gaya tersendiri mengikut kreativiti Tok Dalang dan kerancakkan muzik yang melatari persembahan, mewakili mood drama, cemas, sedih, romantik, dan sebagainya.

Zaman berubah, teknologi semakin pesat berkembang. Bermacam hiburan alternatif menjadi santapan mata dan telinga genarasi kini. Keadaan ini membuatkan wayang kulit bukan lagi pilihan utama. Masyarakat juga hanya menganggap Wayang Kulit hanya untuk hiburan bagi orang yang tinggal di kawasan kampung dan pendalaman, ataupun cukup cantik dijadikan sebagai cenderamata untuk hiasan di dalam rumah.

Objektif

Objektif utama dalam kajian ini adalah bagi lebih menghayati akan susur galur wayang kulit gedek yang hingga kini masih bertahan dalam melakukan persembahan terutama sekali di kawasan negeri kedah dan perlis.