Sejarah membentuk manusia, sejarah juga merupakan penanda aras kebijakkan manusia menongkah zaman dalam memperjuangkan survival hidup. Itulah yang tergambar ketika manusia yang hidup di zaman Neolitik menggambarkan kehidupan yang mereka jalani di zaman itu. Ianya terukir dengan penuh simbolik, aktiviti harian mereka, apa yang mereka miliki, dan apa yang mereka percaya, terpahat di permukaan sebuah gendang yang diberi nama Dongson gendang.
Kesenian yang mereka miliki nyata amat tinggi nilainya. Kemahiran mengendalikan bahan logam seperti tembaga adalah amat sukar. Namun hasilnya amat mengagumkan dengan artifak yang telah mereka tinggalkan untuk tatapan kita pada hari ini.
Selain memberikan gambaran kehidupan yang mereka jalani di zaman itu, penggunaan imej binatang seperti burung, kerbau air, katak, mahupun objek terbesar di dalam sistem solar kita iaitu matahari memberi makna akan signifikasi yang tersendiri. Jelas mereka begitu menghargai apa yang ada di sekeliling mereka ketika itu.
Seperkara yang jelas dalam penghasilan gendang Dongson ini adalah motif-motifnya kerap berulang. Meskipun gendang Dongson ini terbahagi kepada beberapa jenis, juga mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz mengikut peredaran masa, namun masih kekal dengan menggunakan imej dan motif yang sama.
Zaman berlalu, teknologi dan ketamaduan turut mengalami perubahan. Dongson diketika ini hanya menjadi artifak sejarah dan ada juga usaha mereka yang kreatif membuat salinan semula Dongson gendang, bentuk dan corak yang hampir sama tapi kali ini dijadikan sebagai meja dengan meletakkan kepingan kaca tebal di atasnya dan dijadikan sebagai penyeri hiasan ruangan taman dan halaman rumah.
No comments:
Post a Comment