Thursday, May 20, 2010

Am I ready for flirting....?

I know, there's a bunch of thousand girls out there get flirting with some guyz.....or girl...(or what ever)kat internet.....tak kesah lah kat YM ker, MSN,...oll skull nyer social page cam friendster, myspace, tagged, netlog ataupun the latest Facebook......dan aku tak terkecuali...
Entah kali ke ratus brape aku di jebak dengan soalan

"Awak dah ader pakwe, ........... dah berpunya ke belum,.....nak tak saya jadi boyfriend awak......"

Bagi yang lebih extended version punye,

"Kalau saya ajak awak kahwin, awak nak tak?takpun soalan...... Saya nak awak, boleh?"

My answer...plizzzzzzzzzz!!!!!!!!!!!!!!

Itu tak termasuk dengan soalan2 direct yang amat explicit bunyinyer dengan niat nak mengajak kita menjadi 'one night stand' mereka.... Gentlemen, plizzzz....respect us!!!

Dalam soalan-soalan itu mereka juga entah kali ke berape aku menolak, takpun aku biarkan tak berjawab.....bagi yang mencabar tahap kesabaran, ALLAH sajelah tahu 'ayat2 chenta' penuh buih dan bersabun telah ku basuh di otak2 mereka yang penuh kekuningan ituw.....

Hampir 10 tahun, soalan yang sama...tujuan yang sama berlaku bila profile page aku di add sebagai 'rakan' mereka. Sepuluh dahulu, dahulu, seiring dengan usia...aku belum bersedia. Kini, dengan usia yang bakal menginjak ke 27 tahun (yer, aku ngaku dah tua dah...so what?) adakah aku masih belum bersedia?
.....bila ditanya dengan soalan2 untuk berkapel sama ada dengan cara direct ataupun berlapik, aku masih lagi memberikan jawapan yang hampir sama.....dalam usia sebegini,entah mengapa aku masih lagi kebal menolak.....padahal ramai kengkawan sebaye dan tak sebaye dah pun berjaye diberanak-pinakkan.....

Antara alasan aku menolak 10 tahun dahulu...kerana aku masih belajar...aku bimbang tak punya kekuatan dalam memberi fokus....sekarang, sama juga....aku masih belajar. Orang kata, waktu belajar di universiti ni lah kita berpeluang untuk berjumpa dan berkenalan, dan seterusnya bercinta.....aku berjumpa dan berkenalan but unfortunately tidak bercinta.....hasil survey, aku menyedari sikap aku dengan orang lelaki agak dingin dan tidak semesra kawan perempuan yang lain....entah, dah perangai aku cenggini, nak mesra cemane pun aku tak reti....dan satu yang jelas, aku tak lah begitu bergaye dan cun untuk dijadikan kapel....(penyataan benar)

realiti guyz, korang terpesona dengan image....kalau dah face to face dengan aku, mungkin korang akan menyesal.....

Tapi percaye atau tidak, aku meyakini ALLAH dah pun menetapkan pasangan bagi setiap hambNya....aku yakin aku pun turut sama, cuma mungkin buat masa ini aku masih belum temuinya lagi.....Semoga aku bersedia apabila tiba masanya nanti..... :)


Friday, May 14, 2010

Art Issue

Tidak seperti rakan sekelas saya yang lain, saya tidak berkesempatan untuk membentangkan hasil kerja saya untuk kelas Art Issue. Banyak halangan dan terlalu mengambil masa untuk memilih hasil kerja yang sesuai untuk sessi pembentangan. Namun saya harus memberikan reflective statement untuk mengelakkan saya ketinggalan dalam mendapatkan markah. Maka dengan itu saya telah memilih salah satu hasil kerja dalam simpanan saya.

Artwork di atas merupakan hasil kerja untuk pameran INAFF 2010. Ada sejarah disebaliknya, kerana art work ini merupakan kali 3 ianya di ulang buat. Pertama ketika peringkat diploma. Oleh kerana saya tidak begitu mahir dan agak ketinggalan dari rakan yang lain, saya hanya mendapat C+ sahaja.

Kembali menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah, saya mengulang kembali idea iklan tersebut dengan kemasan yang lebih baik untuk kelas Copywriting. Alhamdulillah, saya mendapat A. Kini, saya menyambungnya kembali dengan lebih kemasan dan penggunaan imej grafik yang lebih menarik bagi pameran INAFF 2010.

Tidak berkesempatan untuk mendapat feedback dari pensyarah dan rakan sekelas yang lain, apa boleh saya simpulkan untuk reflective statement ini adalah, pengulangan adalah satu pembelajaran dalam memperbaiki kesilapan. Mungkin untuk pertama kali ianya tidak begitu memuaskan, tapi setelah mempelajari, memperhalusi serta memahami masalah yang kelihatan, untuk masa hadapan hasilkan yang lebih baik lagi. Maka pembelajaran itu tidak akan jadi sia-sia.

studio project

Subjek Studio Project (FNT 720) merupakan subjek wajib yang dimestikan untuk pelajar sepenuh masa Master Of Art Design bagi memenuhi syarat lulus yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti Art & Design dan Universiti Teknologi MARA.

Pada peringkat awal untuk kelas ini, saya mengalami masalah dengan pertembungan kelas yang lain serta masalah untuk mendaftarkannya di dalam system iCRESS. Setelah beberapa ketika masalah ini dapat di selesaikan. Saya turut berdepan juga dengan masalah tenaga pengajar untuk subjek ini. Walaupun hanya saya serta 2 orang pelajar Iran, kami dapat meneruskan pembelajaran kami.

Dengan bimbingan Prof. Ramlan Abdullah, kami diberi kebebasan untuk menghasilkan sesuatu yang kami mahir dan mahu lakukan. Terus terang, saya menghadapi masalah untuk mencari ilham. Seakan saya tidak pasti apakah kemahiran saya yang sebenarnya.

Hampir 2 minggu saya cuba mencari idea apakah yang boleh saya hasilkan untuk subjek FNT 720 ini. Alhamdulillah, saya mendapat idea untuk menghasilkan cartoon caricature pemimpin perang Gaza (Israel – Palstine) dengan campur tangan pihak U.S. Seakan kembali ke zaman sekolah rendah, saya kembali melakar cartoon. Pada mulanya agak janggal, tapi latihan demi latihan, lakaran demi lakaran, saya makin selesa.

Selepas lebih dari 15 lakaran wajah pemimpin perang Gaza, saya beralih untuk mewarnakannya dengan bantuan Adobe Ilustrator.

Walaupun hasilnya agak baik pada pandangan mata saya, namun saya rasakan untuk hasil untuk finishing seakan tergantung. Idea saya seakan menghilang. Saya hilang arah seketika.

Dengan masa berbaki lagi 2 minggu untuk menghantar hasil kerja untuk FNT 720, saya agak buntu mencari idea yang sepatutnya. Kalau boleh saya tidak mahu begitu lari dengan konsep perang gaza dan konsep caricature. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Akhirnya saya dapat memutuskan konsep yang sebenar untuk project caricature saya ini.

Semuanya bermula selepas saya membelek buku The History of Art and Design. Ketika peringkat diploma, saya amat menggemari zaman Art Nouvoe. Poster yang dihasilkan untuk majalah yang diterbitkan pada abad ke 19, amat menarik sekali kerana sering menampilkan wajah-wajah wanita jelita.

Setelah saya selesai dengan sessi Proposal Defense untuk thesis, saya beralih tumpuan sepenuhnya untuk menghasilkan poster caricature saya pula. Oleh kerana masa semakin suntuk saya kecilkan penghasilan poster saya (sepatutnya 5) kepada 3. Setiap satu mewakili pihak yang bertelagah.

Antara pemimpin Isreal Yahudi yang paling terkenal dalam sejarah Perang Gaza. Peranan beliau yang seringkali menolak pelan damai dengan Palestine serta Sabra and Shatila massacre, membuatkan saya amat tertarik untuk menghasilkan caricature beliau serta menampakkan sisi kekejaman beliau.

Presiden US paling kelakar? YA. Presiden US Paling Bodoh? YA. Presiden US paling

Malang? Sememangnya YA!!!

Sayang sekali pejuang sejati ini sudah tiada lagi untuk membela nasib orang Palestine. Namun semangat juang beliau akan tetap dikenang oleh umat Islam sedunia.

Kesimpulan:

Cabaran dalam mencabar diri saya untuk mencari kemahiran diri. Yang pasti, peringkat pengajian MA ini mendesak saya untuk menjadi lebih baik mungkin 10 kali ganda dari peringkat ijazah dan diploma. Melatih kemahiran diri , berfikir dan bertindak. Lakukan ianya sebanyak mungkin, insyaALLAH hasilnya pasti tidak mengecewakan.

Tuesday, May 4, 2010

MyREFLEK

Rasa panas membahang yang membakar tanah bumi Malaysia ketika ini amat begitu terasa ketika aku cuba berusaha untuk menyiapkan sesuatu bagi projek yang berinspirasikan alam. Tujuannya untuk mengaplikasikan segala sifat creative dan innovative yang ada tersimpan di dalam otak jiwa pemikiran pelajar-pelajar MA Art & Design, di UiTM Jln Othman ini.

Pantai Keracut, pertama kali mendengar…dan pertama kali itu juga aku menjejak kan kaki ke sana. Bermula di jeti, aku sudah terhidu ikan kering dan ikan masin yang dijemur. Mungkin belacan pun ada terselit sama. Walaupun aku bukan penggemar yang menyukai ikan kering dan masin, tapi kerana bau itu sebati dengan suasana pantai....kena pula aku kerap menghidunya apabila aku pulang ke kampung untuk berhari raya.

Satu pemandangan yang amat indah sekali apabila melihat bot-bot nelayan yang berlabuh di jeti. Tersusun, bermacam bentuk dan warna. Bayu laut terasa nyaman walaupun terik mentari membakar kulit ku yang makin kusam.

Selama 3 hari 2 malam di Pantai Keracut, memberi suasana yang berlainan dalam diriku. Ada yang suka dan ada juga terhiris di hati. Pulang sahaja kami dari sana, dalam tempoh menghilangkan penat dan fokus untuk mencari maklumat untuk proposal defense ku, dalam tak sedar aku terdetik......apakah artwork yang harus aku hasilkan untuk projek Keracut???

Lebih dari seminggu aku hilang arah, buntu mencari idea, pening dalam berfikir, dan cuba-cuba untuk mengutip cebisan ilham dari kawan-kawan rapat. Agak menyenakkan juga kotak pemikiran ku kerana sebelum ini aku majoring dalam pengiklanan corporate design. Berbeza kali ini, aku melanjutkan pengajian dalam History of Art and Cultural Management. Ada perbezaan dari kursus design yang aku ambil ketika peringkat sarjana muda yang mengambil penekanan tentang aspek design, dengan peringkat Master dimana art itu adalah segala-galanya, ada maknanya, ada metaforanya....dan yang paling penting, aku nak buat apa???

Terlalu tertekan mencari ilham, aku cuba meredakan tekanan dengan melayari filem di Youtube.com. Dalam tersenyum-senyum aku melayan filem kegemaranku ALI SETAN, ada satu babak dimana Ali cuba mempermainkan Asmida dengan menyuruh Asmidar masuk ke bawah meja. Tatkala Asmidar terlihatkan KASUT buruk Ali yang penuh dengan contengan nakal dan lakaran lucu, ketika itu juga aku terfikir….kenapa tidak aku hasilkan kasut…..ya, ‘SENI KASUT’!! (??) Tambahan pula, aku ada cerita ‘busuk’ tentang kasut sewaktu di kerachut…… J

Secara jujurnya, aku perlu berjimat. Ya, dengan yuran pengajian Master yang boleh membuatkan ibu bapa ku terduduk, tempat tinggal jauh, tanggungjawab di rumah, perbelanjaan harian, bulanan, itu dan ini...membuatkan aku lebih memikirkan keperluan yang lain dahulu sebelum keperluan diri sendiri. Jadi, bermodalkan wang RM80 aku merangka perbelanjaan dan bahan-bahan yang aku perlukan untuk menghasilkan satu hasil seni berinspirasikan Alam dari Pantai Kerachut.

Rabu ( 7 April 2010)

- Bermula dari malam Khamis hari Rabu 8 April 2010, aku mengumpul maklumat. Sebarang signifikasi yang boleh aku kaitkan dalam hasil seni ini aku cuba susun dan membuat pemerhatian.

Khamis (8 April 2010)

- Ke esookkan paginya pula aku mula membuat lakaran. Dengan memilih sejenis spesis orkid yang hidup tumbuh di Pantai Kerachut, aku jadikanya sebagai motif utama dalam hasil kerja ini. Oleh kerana masa semakin tidak mengizinkan dan tarikh akhir kami adalah pada 14 April 2010, aku cuba mempercepatkan kelajuanku dalam bekerja.

Jumaat (9 April 2010)

- Membeli peralatan (credit untuk Kak Maisarah Abd Rahman,kerana membenarkan aku untuk mengikut dan mendapat diskaun di kedai peralatan seni di New Town PJ!)

- Agak mencabar dan ’membunuh’ kebolehan diriku, kerana aku tak pernah menggunakan arkilik dalam berkerja, walaupun ketika asas seni lukisan sewaktu diploma dahulu. Hubungan ku dengan warna adalah tidak begitu baik, seboleh –bolehnya aku mengelak untuk menggunakan warna, tapi memikirkan ianya adalah bertemakan Alam dan Alam itu umum mengetahui cantik dan penuh dengan keindahan warnanya, aku memberanikan diri untuk ’bersahabat’ dengan arkilik

Sabtu hingga Isnin (10 hingga 12 April 2010)

- Agak rumit untuk mengaplikasikan arkilik pada permukaan kasut yang agak terhad dan tidak rata, namun alah bisa tegal biasa. Berusaha Fazlina!!

- Selama 3 hari bergelut untuk menyiapkan hasil seni di atas kasut. Nampaknya hubungan sudah agak semakin mekar dengan warna. Masih lagi cuba untuk berkawan.

Selasa (13 April 2010)

- Kasut hampir 98.9% siap. Aku baru terfikir, adalah amat tidak molek jika kasut ini di jinjing sahaja. Tak kan aku nak gantung atau letak di meja begitu sahaja ketika waktu penilaian nanti? Hampir waktu maghrib, aku meredah senja cuba mencari akal apakah ’tapak’ yang sesuai untuk seni kasut ku itu. Mungkin papan tebal atau sebuah kotak cantik? Tapi sayang, kedai peralatan hardware semua sudah tutup pada pukul 7. Aku mencuba nasib dengan memasuki sebuah kedai peralatan dapur. Hampir 15 minit meneliti segala barang di kedai itu, aku terjumpa sebauh papan membasuh kain. Agak besar dan tebalnya menepati piawaian, Cuma sudah agak lama. Mungkin selepas di cat, rupanya akan jadi lebih baik. Dengan wang perbelanjaan yang masih berbaki, aku memutuskan papan membasuh kain itulah sebagai tapak untuk SENI KASUTKU.

Rabu (14 April)

- Hari penilaian. Selepas selesai menyiapkan makanan tengahari untuk penghuni di rumahku, tepat pukul 12.30 tengahari aku bertolak dengan membawa kereta adik lelaki ku ( itupun selepas beberapa siri pujukkan dan rayuan, barulah dia bersetuju untuk mengizinkan aku membawa kereta kesayangannya itu). Sebelum sampai ke Jln Othman, aku singgah dahulu di Shah Alam untuk memberi mounting bourd yang tidak pasti apakah kegunaannya dengan mencetak beberapa keping A3 untuk penilaian nanti. Namun harapan menggunung untuk sesi penilaian ’mati’ secara tiba-tiba apabila tepat pukul 3.05 petang, kereta adikku itu di sondol oleh manusia yang gila membawa kereta secara laju di batu 10, Federal Highway. Keseluruhan petang yang sepatutnya untuk sesi penilaian aku habiskan di Balai Polis Petaling Jaya dan Kedai Membaiki Kereta Jln Kilang sambil menunggu ibu bapaku datang untuk mengambilku.

(p/s: Kak Sarah menyatakan sesi penilaian diberi masa seminggu lagi kerana Prof. Jai dan Prof. Ramlan tidak begitu berpuas hati. Hmm ......tambah kerja lagi)

Rabu (21 April 2010)

- Hari penilaian sesi ke 2. Dengan penuh semangat dan debar aku menantikan komen dari Prof.Jai dan Prof Ramlan. Secara keseluruhan, masih belum mencapai tahap klimaks yang di inginkan! Prof. Jai menyatakan, Seni Kasut ku itu menarik tapi tidak nampak jelas akan proses penghasilannya. Beliau meminta aku menambah lagi selepas sesi defense proposal minggu depan.

ANALISA

Mencabar, berpusing, terluka, terganggu, letih tapi berguna kerana selama dalam proses aku menyiapkan kerja Projek Kerachut ini bermacam situasi dan pengalaman aku alami. Peralihan dari seorang yang berkiblatkan design, cuba beralih arah dengan mendekati art. Bukannya benda baru, tapi kerana sebelum ini aku tidak memupuk sebaik-baiknya inner art yang ada padaku. Mungkin selepas ini hasilnya akan menjadi lebih baik dan menampakkan bahawa aku adalah pelajar ART & design..... J

(p/s: musti korang pelik kan ngape ayat aku kat ataih tu skema bebenor dan bnyak kesalahan ayat juge tatabahasanya...well, itu sebenarnya report reflective statement yang aku kene buat untuk kelas Art Issue.....pasal dah lame tak anta post...so itu post aku yang terkini akibat tekanan kejer yang agak overloaded...padan muker aku, nak sambung MA sngat...nah hambek!!!)