Friday, May 14, 2010

studio project

Subjek Studio Project (FNT 720) merupakan subjek wajib yang dimestikan untuk pelajar sepenuh masa Master Of Art Design bagi memenuhi syarat lulus yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti Art & Design dan Universiti Teknologi MARA.

Pada peringkat awal untuk kelas ini, saya mengalami masalah dengan pertembungan kelas yang lain serta masalah untuk mendaftarkannya di dalam system iCRESS. Setelah beberapa ketika masalah ini dapat di selesaikan. Saya turut berdepan juga dengan masalah tenaga pengajar untuk subjek ini. Walaupun hanya saya serta 2 orang pelajar Iran, kami dapat meneruskan pembelajaran kami.

Dengan bimbingan Prof. Ramlan Abdullah, kami diberi kebebasan untuk menghasilkan sesuatu yang kami mahir dan mahu lakukan. Terus terang, saya menghadapi masalah untuk mencari ilham. Seakan saya tidak pasti apakah kemahiran saya yang sebenarnya.

Hampir 2 minggu saya cuba mencari idea apakah yang boleh saya hasilkan untuk subjek FNT 720 ini. Alhamdulillah, saya mendapat idea untuk menghasilkan cartoon caricature pemimpin perang Gaza (Israel – Palstine) dengan campur tangan pihak U.S. Seakan kembali ke zaman sekolah rendah, saya kembali melakar cartoon. Pada mulanya agak janggal, tapi latihan demi latihan, lakaran demi lakaran, saya makin selesa.

Selepas lebih dari 15 lakaran wajah pemimpin perang Gaza, saya beralih untuk mewarnakannya dengan bantuan Adobe Ilustrator.

Walaupun hasilnya agak baik pada pandangan mata saya, namun saya rasakan untuk hasil untuk finishing seakan tergantung. Idea saya seakan menghilang. Saya hilang arah seketika.

Dengan masa berbaki lagi 2 minggu untuk menghantar hasil kerja untuk FNT 720, saya agak buntu mencari idea yang sepatutnya. Kalau boleh saya tidak mahu begitu lari dengan konsep perang gaza dan konsep caricature. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Akhirnya saya dapat memutuskan konsep yang sebenar untuk project caricature saya ini.

Semuanya bermula selepas saya membelek buku The History of Art and Design. Ketika peringkat diploma, saya amat menggemari zaman Art Nouvoe. Poster yang dihasilkan untuk majalah yang diterbitkan pada abad ke 19, amat menarik sekali kerana sering menampilkan wajah-wajah wanita jelita.

Setelah saya selesai dengan sessi Proposal Defense untuk thesis, saya beralih tumpuan sepenuhnya untuk menghasilkan poster caricature saya pula. Oleh kerana masa semakin suntuk saya kecilkan penghasilan poster saya (sepatutnya 5) kepada 3. Setiap satu mewakili pihak yang bertelagah.

Antara pemimpin Isreal Yahudi yang paling terkenal dalam sejarah Perang Gaza. Peranan beliau yang seringkali menolak pelan damai dengan Palestine serta Sabra and Shatila massacre, membuatkan saya amat tertarik untuk menghasilkan caricature beliau serta menampakkan sisi kekejaman beliau.

Presiden US paling kelakar? YA. Presiden US Paling Bodoh? YA. Presiden US paling

Malang? Sememangnya YA!!!

Sayang sekali pejuang sejati ini sudah tiada lagi untuk membela nasib orang Palestine. Namun semangat juang beliau akan tetap dikenang oleh umat Islam sedunia.

Kesimpulan:

Cabaran dalam mencabar diri saya untuk mencari kemahiran diri. Yang pasti, peringkat pengajian MA ini mendesak saya untuk menjadi lebih baik mungkin 10 kali ganda dari peringkat ijazah dan diploma. Melatih kemahiran diri , berfikir dan bertindak. Lakukan ianya sebanyak mungkin, insyaALLAH hasilnya pasti tidak mengecewakan.

No comments:

Post a Comment