PENGENALAN
Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang. Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab).
PERANAN WAYANG KULIT DALAM KONTEKS SOSIO BUDAYA
MASYARAKAT
Pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia dan lebih-Iebih
lagi di Tenggara Asia. Setiap jenis mempunyai bentuk dan wataknya yang
tersendiri dan agak berbeza dari satu kawasan atau latar belakang
masyarakat kepada yang lain. Hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja
terdapat empat jenis wayang kulit dan setiap satu mencerminkan pengaruhpengaruh
masyarakat dan juga kebudayaan yang telah mempengaruhi
masyarakat itu. Terdapat empat jenis wayang kulit di Semenjung Malaysia
iaitu :
i) Wayang Kelantan
(disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan dan berasas kepada pengaruh Patani).
ii) Wayang Melayu
(disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh Jawa)
iii) Wayang Purwo
(disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit dengan dengan bahasa Melayu tempatan).
iv) Wayang Gedek
(lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan bahasa Melayu loghat tempatan).
Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di
Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian
Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor dan yang keempat
terdapat di negeri Kedah, Perlis dan beberapa negeri utara Pantai Barat
Semenanjung.
Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit
pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan kesenian.
Pada asasnya, aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagi mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegan kelakar 'comic relief' yang sering terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu, ianya jelas mengemukakan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan juga peristiwa-peristiwa yang digambarkan. Oleh itu, wayang kulit sebenamya
boleh dinikmati (hayati) dalam dua peringkat. Kedua-duanya mempunyai peranan yang penting.
No comments:
Post a Comment