Tuesday, November 9, 2010

Gedek

PERBEZAAN YANG TERDAPAT ANTARA SETIAP JENIS WAYANG KULIT
a. Bentuk Patung
Patung dari jenis wayang kulit yang berpengaruh Jawa mempunyai kedua
sendi tangan dan dapat digerakkan tetapi pada patung wayang kulit Kelantan
hanya sendi sebelah hadapan patung itu sahaja yang digerakkan. Watak
patung-patung utama dalam wayang kulit Kelantan selalunya dikemukakan
terletak di atas satu rupa kenderaan kenaikan seperti naga, ular dan buaya.
Sebaliknya, ciri ini tidak terdapat dalam patung-patung wayang kulit Jawa.
Hampir keseluruhan patung wayang kulit dipersembahkan dalam kedudukan
mengiring. Hanya patung wayang gedek sahaja yang terdapat patungpatungnya
dibentuk berhadapan.
Pada keseluruhannya hampir semua patung-patung wayang kulit yang
berpengaruh Jawa dan Thai mengekalkan ciri-ciri asalnya dari segi pakaian,
tudung kepala dan peralatan-peralatan senjata tetapi di mana terdapat watakwatak
tempatan di dalam cerita segala ciri-ciri tempatan digunakan. Sebagai
contohnya watak-watak tempatan seperti Wak Long, Pak Dogol, Mahasiko
(wayang Kelantan); Semar dan Cemuras/Turas (wayang Melayu) bukan
sahaja melambangkan perwatakan tempatan tetapi pembentukan patungnya
juga terkeluar dari kelaziman pembentukan patung-patung yang lain.
b. Muzik Wayang Kulit
Wayang Kelantan dan wayang gedek adalah diiringi oleh satu kumpulan
muzik paluan dan sebatang serunai. Wayang Melayu pula diiringi oleh
kumpulan muzik paluan tradisional dan rebab manakala wayang purwo diiringi
oleh satu kumpulan gamelan.
c. Dalang
Semua dalang dalam setiap jenis persembahan wayang kulit adalah dibantu oleh dua orang yang dipanggil pengantin melainkan dalam wayang gedek.

Isi cerita
Isi cerita wayang Gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong Talung.
Walau bagaimanapun, berlaku beberapa pengubahsuaian dalam wayang ini
yang menyaksikan penerapan unsur-unsur setempat. Cerita Wayang Gedek
banyak diselitkan babak-babak cerita yang popular pada masa kini.

Patung-Patung
Secara umumnya, ia menunjukkan pengaruh Nong Talung baik dari segi
ukiran, pakaian, hiasan dan seumpamanya. Patung-patung wayang ini diukir
mengadap ke hadapan.

Alat Muzik
Alat muzik wayang ini terdiri daripada sepasang gedombak, sepasang gong,
sepasang kerincing, sebiji geduk dan sebatang serunai.

Bahasa
Biasanya wayang ini disampaikan sama ada dalam loghat Siam mahupun
dialek Melayu Kedah.

No comments:

Post a Comment