Tuesday, November 9, 2010

DongSon

Sejarah membentuk manusia, sejarah juga merupakan penanda aras kebijakkan manusia menongkah zaman dalam memperjuangkan survival hidup. Itulah yang tergambar ketika manusia yang hidup di zaman Neolitik menggambarkan kehidupan yang mereka jalani di zaman itu. Ianya terukir dengan penuh simbolik, aktiviti harian mereka, apa yang mereka miliki, dan apa yang mereka percaya, terpahat di permukaan sebuah gendang yang diberi nama Dongson gendang.

Kesenian yang mereka miliki nyata amat tinggi nilainya. Kemahiran mengendalikan bahan logam seperti tembaga adalah amat sukar. Namun hasilnya amat mengagumkan dengan artifak yang telah mereka tinggalkan untuk tatapan kita pada hari ini.

Selain memberikan gambaran kehidupan yang mereka jalani di zaman itu, penggunaan imej binatang seperti burung, kerbau air, katak, mahupun objek terbesar di dalam sistem solar kita iaitu matahari memberi makna akan signifikasi yang tersendiri. Jelas mereka begitu menghargai apa yang ada di sekeliling mereka ketika itu.

Seperkara yang jelas dalam penghasilan gendang Dongson ini adalah motif-motifnya kerap berulang. Meskipun gendang Dongson ini terbahagi kepada beberapa jenis, juga mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz mengikut peredaran masa, namun masih kekal dengan menggunakan imej dan motif yang sama.

Zaman berlalu, teknologi dan ketamaduan turut mengalami perubahan. Dongson diketika ini hanya menjadi artifak sejarah dan ada juga usaha mereka yang kreatif membuat salinan semula Dongson gendang, bentuk dan corak yang hampir sama tapi kali ini dijadikan sebagai meja dengan meletakkan kepingan kaca tebal di atasnya dan dijadikan sebagai penyeri hiasan ruangan taman dan halaman rumah.

Konklusi

Wayang kulit telah lama diiktiraf sebagai salah satu khazanah traditional negara. Penghasilannya untuk menghiburkan masyarakat berzaman dahulu bagi mengisi malam mereka, walaupun beraksi di belakang kelir...namun kehalusan corak yang tertukir dan keceriaan warna pembuatannya tetap terserlah. Setiap penceritaan, ianya hadir dengan gaya tersendiri mengikut kreativiti Tok Dalang dan kerancakkan muzik yang melatari persembahan, mewakili mood drama, cemas, sedih, romantik, dan sebagainya.

Zaman berubah, teknologi semakin pesat berkembang. Bermacam hiburan alternatif menjadi santapan mata dan telinga genarasi kini. Keadaan ini membuatkan wayang kulit bukan lagi pilihan utama. Masyarakat juga hanya menganggap Wayang Kulit hanya untuk hiburan bagi orang yang tinggal di kawasan kampung dan pendalaman, ataupun cukup cantik dijadikan sebagai cenderamata untuk hiasan di dalam rumah.

Objektif

Objektif utama dalam kajian ini adalah bagi lebih menghayati akan susur galur wayang kulit gedek yang hingga kini masih bertahan dalam melakukan persembahan terutama sekali di kawasan negeri kedah dan perlis.

Problem statement

Kurang minat orang ramai terhadap kesenian tradisional wayang kulit dan ianya semakin dipinggirkan. Tambahan pula, pendokumentasian ilmiah terhadap wayang kulit amnya dan wayang kulit gedek khususnya masih kurang, masyarakat secara umumnya hanya mengetahui wayang kulit cuma diadakan di sekita pantai timur terutama sekali di negeri Kelantan tanpa menyedari adanya persembahan wayang kulit yang lain dari wayang kulit kelantan.Ini memberi peluang kepada pengkaji untuk cuba menyelami dan memahami kelainan wayang kulit gedek yang tidak terdapat pada wayang kulit yang lain.

W.K.the making

PROSES MEMBUAT PATUNG WAYANG KULIT
Dalang merupakan orang yang bertanggungjawab dalam membuat patung
wayang kulit yang ingin dipersembahkan. Seorang dalang perlu mempunyai
kreativiti dan kepintaran dalam membuat watak-wataknya sendiri dan setiap
watak yang dihasilkan itu seharusnya mempunyai seni reka bentuk yang
menarik dan sesuai untuk dipadankan dalam cerita yang ingin
dipersembahkan. Antara proses untuk membuat patung wayang kulit ialah :
1) Kulit lembu dijemur untuk dikeringkan.
Kulit lembu atau kambing yang telah dibersihkan akan direndam ke dalam air
campuran garam, lada, lengkuas dan serai untuk beberapa hari dan kemudian
dijemur menggunakan pacang di penjurunya. Setelah dipastikan kulit tersebut
telah benar-benar kering dan tidak berbau, bulu-bulu yang terdapat pada kulit
yang telah kering itu akan dikikis menggunakan kepingan kaca sehingga
bersih.

2) Kulit ditebuk dengan menggunakan lingkaran kertas.
Kertas yang telah siap dilukis dengan wajah dari watak wayang kulit akan
ditekapkan ke atas kulit yang telah dibersihkan. Di sinilah terletaknya kreativiti
dan kewibawaan seorang dalang untuk membentuk patung wayang kulit
mengikut watak yang ingin dipersembahkan.Setiap lorekan dan garis lubang
yang ditebuk mempunyai fungsinya yang tertentu dan watak-watak yang
dihasilkan mempunyai identiti estatika yang tersendiri.

3) Buluh, tali dan pewarna
Buluh sebagai bahan penyadang diraut rapi dan diikat menggunakan tali
kepada kulit yang telah siap ditebuk. Tali digunakan untuk membuat gerakan
pada bibir, tangan dan lain-lain anggota yang diperlukan pada patung
tersebut. Tali ini akan diikat apabila patung tersebut telah siap diwarnakan
mengikut watak yang digambarkan melalui cerita-cerita tertentu. Warna yang
biasa digunakan ialah dari bahan dye fabrik dan cat air. Kerja-kerja
mewarnakan patung wayang kulit ini memerlukan kreativiti, bakat dan
kesabaran yang jitu.

Gedek

PERBEZAAN YANG TERDAPAT ANTARA SETIAP JENIS WAYANG KULIT
a. Bentuk Patung
Patung dari jenis wayang kulit yang berpengaruh Jawa mempunyai kedua
sendi tangan dan dapat digerakkan tetapi pada patung wayang kulit Kelantan
hanya sendi sebelah hadapan patung itu sahaja yang digerakkan. Watak
patung-patung utama dalam wayang kulit Kelantan selalunya dikemukakan
terletak di atas satu rupa kenderaan kenaikan seperti naga, ular dan buaya.
Sebaliknya, ciri ini tidak terdapat dalam patung-patung wayang kulit Jawa.
Hampir keseluruhan patung wayang kulit dipersembahkan dalam kedudukan
mengiring. Hanya patung wayang gedek sahaja yang terdapat patungpatungnya
dibentuk berhadapan.
Pada keseluruhannya hampir semua patung-patung wayang kulit yang
berpengaruh Jawa dan Thai mengekalkan ciri-ciri asalnya dari segi pakaian,
tudung kepala dan peralatan-peralatan senjata tetapi di mana terdapat watakwatak
tempatan di dalam cerita segala ciri-ciri tempatan digunakan. Sebagai
contohnya watak-watak tempatan seperti Wak Long, Pak Dogol, Mahasiko
(wayang Kelantan); Semar dan Cemuras/Turas (wayang Melayu) bukan
sahaja melambangkan perwatakan tempatan tetapi pembentukan patungnya
juga terkeluar dari kelaziman pembentukan patung-patung yang lain.
b. Muzik Wayang Kulit
Wayang Kelantan dan wayang gedek adalah diiringi oleh satu kumpulan
muzik paluan dan sebatang serunai. Wayang Melayu pula diiringi oleh
kumpulan muzik paluan tradisional dan rebab manakala wayang purwo diiringi
oleh satu kumpulan gamelan.
c. Dalang
Semua dalang dalam setiap jenis persembahan wayang kulit adalah dibantu oleh dua orang yang dipanggil pengantin melainkan dalam wayang gedek.

Isi cerita
Isi cerita wayang Gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong Talung.
Walau bagaimanapun, berlaku beberapa pengubahsuaian dalam wayang ini
yang menyaksikan penerapan unsur-unsur setempat. Cerita Wayang Gedek
banyak diselitkan babak-babak cerita yang popular pada masa kini.

Patung-Patung
Secara umumnya, ia menunjukkan pengaruh Nong Talung baik dari segi
ukiran, pakaian, hiasan dan seumpamanya. Patung-patung wayang ini diukir
mengadap ke hadapan.

Alat Muzik
Alat muzik wayang ini terdiri daripada sepasang gedombak, sepasang gong,
sepasang kerincing, sebiji geduk dan sebatang serunai.

Bahasa
Biasanya wayang ini disampaikan sama ada dalam loghat Siam mahupun
dialek Melayu Kedah.

Monday, November 8, 2010

W.kulit III

Dalam persembahan Wayang Gedek, pentas merupakan salah satu aspek yang diberi perhatian. Pembinaanya mestilah mengikut pantang-larang dan syarat-syarat yang tertentu. Antaranya ianya tidak boleh menghala ke arah matahari terbenam dan juga tidak boleh dibina di atas busut. Pembinaanya mestilah mengikut ukuran tertentu yang ditetapkan oleh Tok Dalang.

Bagi persembahan Wayang Gedek pentas yang digunakan adalah berbentuk serambi rumah iaitu bumbungnya lebih tinggi di sebelah hadapan ataupun dipanggil 'pisang sesikat'. Tinggi lantai dengan bumbung pada bahagian depan pentas adalah 7 kaki dan tinggi bahagian depannya 5 kaki. Pentas ini dibina agak tinggi dari paras tanah iaitu lebih kurang 5 kaki dan mempunyai 4 tiang.

Bahagian kiri, kanan dan belakang pentas pula ditutup oleh dinding yang diperbuat dari kayu ataupun buluh. Terdapat satu pintu belakang dan bahagian depan pentas yang terbuka akan direntang dengan kain putih yang bertindak sebagai layar pada pentas tersebut. Layar itu dikenali dengan panggilan kelir

Pentas tersebut juga dilengkapi dengan batang pisang yang diletakkan di antara kedudukan dalang dengan kelir. Fungsi batang pisang ini sebagai tempat untuk memacak patung-patung wayang yang digunakan semasa persembahan. Kedudukan patung-patung yang ditempatkan di atas batang pisang itu pun bergantung pada watak yang tertentu. Di sebelah kanan akan ditempatkan patung-patung yang membawa watak baik dan di sebelah kiri pula sebaliknya.

Sebuah pelita ataupun mentol akan digantung di tengah-tengah pentas untuk menghasilkan bayang-bayang yang seimbang kepada penonton yang berada di depan. kedudukan pelita ataupun mentol tadi adalah berhadapan dengan dalang dan ditutup sebahagiannya (yang berhadapan dengan dalang) suapaya cahaya terhasil akan bertumpu ke satu arah sahaja. Fungsi pelita ataupun mentol ini adalah sebagai projektor.

Bagi wayang kulit seri asun, pentas yang digunakan bagi persembahan wayang kulit adalah berupa sebuah pentas pasang siap yang padat dan ringkas. Ianya sesuai untuk digunakan di mana jua keadaan samada luar dewan ataupun dalam dewan. Ukuran pentas yang digunakan oleh kumpulan ini ialah 5 kaki tinggi dari tanah ke lantai. 7 kaki tinggi dari lantai ke bumbung dan lebarnya pula ialah 12 kaki x 12 kaki. Manakala kain layarnya pula berukuran 8 kaki x 5 kaki.

W.Kulit II

Sebagai pertunjukkan yang multidimensional, wayang dapat dikatakan memiliki fungsi komunikatif di samping bidang kajian falsafah, teologi, psikologi, characterlogy, pedagogi, socialogy, cultural, sociocultural, literature,serta theaterlogy atau dramathology. Selain itu wayang juga dapat digolongkan sebagai karya seni dalam bidang kajian seni sastera dan teater, seni pedalangan, karawitan, dan tari serta seni rupa pada bentuk peraga-peragaanya.

Monday, November 1, 2010

W.Kulit

PENGENALAN

Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang. Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab).

PERANAN WAYANG KULIT DALAM KONTEKS SOSIO BUDAYA
MASYARAKAT

Pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia dan lebih-Iebih
lagi di Tenggara Asia. Setiap jenis mempunyai bentuk dan wataknya yang
tersendiri dan agak berbeza dari satu kawasan atau latar belakang
masyarakat kepada yang lain. Hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja
terdapat empat jenis wayang kulit dan setiap satu mencerminkan pengaruhpengaruh
masyarakat dan juga kebudayaan yang telah mempengaruhi
masyarakat itu. Terdapat empat jenis wayang kulit di Semenjung Malaysia
iaitu :

i) Wayang Kelantan
(disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan dan berasas kepada pengaruh Patani).
ii) Wayang Melayu
(disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh Jawa)
iii) Wayang Purwo
(disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit dengan dengan bahasa Melayu tempatan).
iv) Wayang Gedek
(lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan bahasa Melayu loghat tempatan).

Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di
Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian
Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor dan yang keempat
terdapat di negeri Kedah, Perlis dan beberapa negeri utara Pantai Barat
Semenanjung.
Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit
pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan kesenian.
Pada asasnya, aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagi mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegan kelakar 'comic relief' yang sering terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu, ianya jelas mengemukakan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan juga peristiwa-peristiwa yang digambarkan. Oleh itu, wayang kulit sebenamya
boleh dinikmati (hayati) dalam dua peringkat. Kedua-duanya mempunyai peranan yang penting.

Sunday, October 31, 2010

I want to be.....





Dah lame tak anto post.....bz bz bz dan bz senah <----(ayat cliche....)

Serius, aku takkan bohong bende yang bakal menentukan sama ada akan tercapai atau tidak niat time aku kecik dulu nak jadi seorang pendidik a.k.a chegu a.k.a pensyarah dan insyaALLAH ianya kini dalam perjalanan menuju ke sana....

Kalau ikutkan secara kasarnya banyak bende aku nak jadi time kecik dulu....ikut resmi time bebudak 90'an sekolah dulu,...akan ada kad sebesar A4 kaler biru muda...(sekolah akulah, tak tau lah sekolah org lain kaler aper..) dan dalam tu ada catitan ketinggian dan berat yang akan diambil setiap tahun (nak pastikan tumbesaran tak terbantut kut...agaknyelah...kuikuikuikui... ) juga paling tak lupa akan ada 3 kotak kosong yang chegu2 sekolah rendah ini akan tanya...

"APA AWAK NAK JADI BILA BESAR NANTI?....atau APA CITA2 AWAK?"


Aku antara ingat2 lupa ape sepanjang 6 tahun kad2 tu terisi dengan cita2 aku yang merapu tu....tapi paling ingat dan segar di ingatan aku nak jadi pelukis, kartunis, dan penyanyi!!!
hahaha....time tu Idola Kecil belum wujud lagik, kalau tak akulah juara...hahahahahaha!!!!!

Tapi memang betul, setiap kali aku letak cita2 nak jadi penyanyi...tiap kali tu jugaklah aku dipanggil kena kaunseling ngan guru disiplin, entah ngape dia orang rasekan aku bermasalah biler pilih cita2 jadi penyanyi tu, tapi itukan cita2, impian setiap individu, kenape nak dipertikaikan?

Sedihlah biler pikir chegu2 sekolah aku dulu pikiran depa secetek itu, aku rase cita2 nak jadi penyanyi tu lebih elok dari tak tahu nak jadi apa bila besar kelak, tak tahu apa hala tuju...paling tidak bagi seorang pelajar sekolah rendah dia dah nampak view masa depan dia yang bakal ditempuhi nanti....sekurang2 nya itu lah cita2 dia.....dari jadi penjahat berpotensi hebat untuk melakukan jenayah berprofil tinggi dengan berselindung disebalik nama jawatan yang kononnya ingin menegakkan keadilan.......siapakah ituw?...opsssss!!!.... (papehal, budak tu ex-sekolah aku jugak..adehhh)

Time tu aku konfiden nor ngan sore aku yang iras2 'Celine Dion' ituw.... tapi memang, aku memang giler menyanyi....menyanyi untuk diri sendiri....sekali aku pernah menang pertandingan nyanyian kategori solo....tapi entah ianya tak berkembang ke tahap mana pun.....aku banyak abis mase dengan menyanyi untuk diri sendiri....dan kini banyak menyanyi kat dalam bilik ajer....takpelah, asal aku puas....suara anugerah ALLAH nie biarlah aku senandungkan untuk menidurkan anak sedare akak aku yang mana hanya akan lelap bila aku menyanyikan lagu zikir...heheheh.....alhamdulillah....

Tapi cita2 kartunis tu bertahan hampir saban tahun....tapi abah asyik menghalang....banyak jugaklah karya kartun aku terhasil tapi dah ilang entah ke mane.....masuk sekolah menengah aku berjinak2 buat karya penulisan....pun banyak gak tapi same gak nasibnya....pastu bila dah masuk tingkatan 4 aku ada rase menyimpan keinginan untuk menjadi pendidik....tapi kenkadang rase cam tak layak pun ada.....yelah, belajar tak cemerlang mane pun...cakap chegu pun leh tahan gak melawannya....itupun ada hati nak jadi chegu??

Tapi takdir ALLAH itu maha luas kejadianya....secara jujur menyambung study ke peringkat master ini pun bagi aku satu kebetulan...yang mana selepas ini insyaALLAH bakal membawa aku untuk menjadi seorang pendidik.... dimana subjek yang bakal aku bawakan adalah pengajian liberal berkaitan sejarah seni...(ironinya, sejarah adalah matapelajaran yang sekadar cukup2 makan mase sekolah dulu, la ni nak ngajar sejarah seni....lawak kan? ;) )






Monday, August 9, 2010

Art Kritik

Lukisan hasil karya mendiang Geoggette Chen (1906-1993) ini bertajuk Malay Women (Wanita Melayu) begitu menonjolkan gaya Post-Impressionism sepertimana beliau mendapat pengaruh daripada gaya Matisse, Cezanne dan Maurice Utrillo. Penggunaan warna pastel yang lembut seperti biru, hijau dan merah jambu memberi pengertian kelembutan dan sifat sopan santun yang ada pada wanita melayu itu sendiri. Pelukis mahu menonjolkan susuk tubuh wanita melayu dan pakaian tradisional yang digunakan, disebabkan itu tangan subjek yang sedang memegang kipas turul ditonjolkan sekali. Selaras dengan konsep Post-Impressionism, manusia adalah subjek kegemaran pelukis-pelukis Post-Impressionism selain penggunaan subjek Still-Life. Namun tangan subjek yang memegang kipas nampak agak besar dan kasar. Jika ianya dilembutkan dengan garisan yang lebih halus, pasti karya ini merupakan hasil Georgette Chen yang paling diingati.


Perkara yang terdetik apabila melihat karya Datuk Ibrahim Hussein ialah satu.... ianya tidak murah. Menurut penggemar karya seni, lukisan bertajuk Pink Flows (1980) dianggarkan telah pun mencecah nilai RM 1 billion! Warna merah jambu terserlah mendominasi segenap ruang di dalam karya Allahyarham yang dihasilkan pda 1980 ini, juga sentuhan warna putih bagi manampakkan focal point yang kontra. Agak abstrak kerana tidak dapat dipastikan apakah subjek yang diketengahkan, namun flow menerusi warna merah jambu itu dapat dilihat.

Karya Allahyarham Jeri Azhari yang bertajuk Azman ini pula merupakan calitan perakam wajah potret art collector sendiri, Tan Sri Azman Hashim. (barangkali wajah beliau ketika muda...). Digelar sebagai Bapa Pop Art Malaysia, penggunaan arcylic on canvas, Jeri Azhari berani bermain dengan warna-warna terang seperti warna kuning, cyan dan merah jambu yang mana ianya seriring dengan tema pop art itu sendiri. Jeri Azhari berjaya mengintalasikan wajah Tan Sri Azman sebagai karya potret yang menonjol dan tidak konvensional seperti karya potret yang sedia ada. Sebagaimana Mendiang Georgette Chen dan Allahyarham Ibrahim Hussein yang telah meninggalkan legasi yang tersendiri, karya Allahyarham Jeri Azhari patut diberi pujian kerana masih bisa berkompromi dengan komersial.

Wednesday, June 9, 2010

This feeling again…..Restless


This feeling again…..





DUP DAP!!!
DUP DAP!!!
DUP DAP!!!
DUP DAP!!!

Here it come again guyz…the most unpleasant and horror feeling but at the same time addictive (to me) in the world…start haunting me again….I hate it but it’s a must!!!!!
(bak kate Master Yoda, may force be with him….)
Halahhh…..2 3 mejak dalam minggu nie jugak aku dah brape kali masuk istudent portal, gatal jari nak klik ke link examination result….walaupun aku maklum result blom kuar tapi aku sibuk nak taw…..alih2, biler check facebook sumer kengkawan MA aku dah mengwar-warkan suasana kekacauan tak terduga….result kuar malam nie!!!! (10/June/2010) ARRRRGGGGGHHHHHHH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku ingat kuar minggu depan, tapi dah tertulis akan kuar malam nie….aku panic, perut yang rase sedap tetibe buat meragam….telapak kaki aku rase kebas dan seram sejuk…..

Tapi macam biasalah, hari result kuar…line pun jem skali…entah brape aku masuk tapi asik error memanjang……

Okay,nak kongsi citer sket... dahulu….time aku diploma, seboleh-bolehnya aku tak mau tahu langsung ape result aku…kalau abah aku tanye result dah kuar ke belum, jawapan selamat ialah aku tak pasti atau pun belum keluar lagi(walaupun aku dapat agak ianya dah keluar ataupun atau dah sedia maklum result aku memang tak best)…kecuali time mase part 2…boleh kate itulah semester paling gemilang dan aku seronok selame mengikuti pembelajaran…satu2nya waktu diploma….dan resultnya memang best…3.24….time tulah….pastu aku menurun dan menurun sikit demi sedikit, bak artis realiti yang mengecapi sekali zaman glemer pastu jatuh merudum biler dah luper diri…yeah, aku ngaku….sedikit demi sedikit tu jugak aku jadi pemalas nauzzubillah….patutlah SPM aku bukan nyer elok mane pun, penyakit orang melayu iaitu MALAS memang tak pernah ilang, dan penyakit itu menjangkiti aku sampailah aku selesai diploma. Yang tambah sedih plak, aku grad diploma tak sekali dengan kawan2 yang lain, aku sangkut selame setahun…..nak wat cemane…PEMALAS!!!

Dengan berbekalkan diploma dan result yang tak brape best tu jugak aku merayau merate mencari keje tapi tak cukup strong untuk meyakinkan org untuk mengambil aku bekerja….dekat 1 tahun tapi masih tak berjaye….dengan kene tipu dan sebagainya….buat aku jadi menyesal sangat2, kenape aku jadi malas sangat dulu?

Pastu abah approach aku dengan pertanyaan “ Tak nak cuba study amik degree pulak ke?”…Aku jadi tergamam sekejap, tak sangke abah aku masih mengharapkan aku belajar lagi. Dalam hati tu memang ader keinginan tapi tak berape yakin….last time selepas aku claim sijil diploma dengan mini transcript dari universiti…aku tak pernah selak pun untuk melihat sebab aku tau aper yang tertulis dekat situ….aku simpan dan biarkan saja isi nya tersimpan di dalam envelope.Sebab aku maklum, pointer aku tak cukup strong untuk sambung degree. Entah cemane aku tergerak ati untuk melihatnya secare rasmi sebab aku tahu last pointer aku hanya 2.60 sahaja…..itu yang tercatat di dalam slip result aku, tapi biler aku check…pointer rasmi aku adalah 2.85! (catatan : kelayakkan untuk menyambung pengajian ijazah adalah kene melebihi CGPA 2.70) Aku jadi macam tak percaye, time biler plak pointer aku bertuko? Well, oleh kerana ianya tercatit di dalam Official Mini Transcript, so aku menerima dengan rase terime kaseh sebab pihak senate sempat membetulkan pointer aku yang melayakkan aku untuk memohon masuk ke uitm untuk kali ke 2!

Alhamdulillah, aku berjaye masuk dan tapi kali ini ianya berbeza….aku tak mohon langsung untuk menetap di kolej seperti sebelumnya…aku nekad untuk berulang alik dari banting ke s alam setiap hari…mungkin kerana takde keluarga di sisi buat aku jadi lain….tambahan plak abah time masih keje kat JPJ Padang Jawa, so biler time abah balik…aku pun balik lah sekali…tapi waktu pagi lah yang agak menyenakkan…kadang 5.30, kadang 5.55…ikut waktu solat subuh….kalau awal, solat kat rumah, kalau lambat solat dalam perjalanan….tapi yang penting kene awal sebab Klang belah pagi pas kul 7 jem truk giler senah!!

Syukur sgt2, pointer aku selame belajar di peringkat degree tak pernah jatuh teruk. Stay 3.00 above. Apa yang paling berlainan, aku tak sabar2 nak mengetahui apa result aku setiap sem bila tibe hari keputusan….takut tapi teruja….itulah buah kemanisan yang ALLAH beri biler kita tahu kita telah berusaha untuk mendapat kejayaan, apatah lagi kita telah bertawakal sepenuhnya kepada Dia….dan perasaan itu lebih kurang sama berlaku pada aku sekarang, tapi agak membimbangkan kerana kali ini aku melanjutkan pengajian aku di peringkat Master….pasti berlaku high expectation…mungkin pada aku usaha yang aku lakukan itu dah memadai tapi mungkin tak mencukupi pada pihak pemeriksa….entahlah, di kala ini aku masih lagi cuba untuk eneter istudent portal dengan harapan moga result aku dapat menggembirakan hati ini, dan paling penting sekali mak abah aku....senyuman di wajah mereka apabila mendapat khabar kejayaan anak mereka adalah yang paling bermakna di kala ini.....Ya ALLAH, moga aku tergolong di antara anak-anak yang dapat menggembirakan hati ibu bapa......amin ya rabbal alamin....

Thursday, May 20, 2010

Am I ready for flirting....?

I know, there's a bunch of thousand girls out there get flirting with some guyz.....or girl...(or what ever)kat internet.....tak kesah lah kat YM ker, MSN,...oll skull nyer social page cam friendster, myspace, tagged, netlog ataupun the latest Facebook......dan aku tak terkecuali...
Entah kali ke ratus brape aku di jebak dengan soalan

"Awak dah ader pakwe, ........... dah berpunya ke belum,.....nak tak saya jadi boyfriend awak......"

Bagi yang lebih extended version punye,

"Kalau saya ajak awak kahwin, awak nak tak?takpun soalan...... Saya nak awak, boleh?"

My answer...plizzzzzzzzzz!!!!!!!!!!!!!!

Itu tak termasuk dengan soalan2 direct yang amat explicit bunyinyer dengan niat nak mengajak kita menjadi 'one night stand' mereka.... Gentlemen, plizzzz....respect us!!!

Dalam soalan-soalan itu mereka juga entah kali ke berape aku menolak, takpun aku biarkan tak berjawab.....bagi yang mencabar tahap kesabaran, ALLAH sajelah tahu 'ayat2 chenta' penuh buih dan bersabun telah ku basuh di otak2 mereka yang penuh kekuningan ituw.....

Hampir 10 tahun, soalan yang sama...tujuan yang sama berlaku bila profile page aku di add sebagai 'rakan' mereka. Sepuluh dahulu, dahulu, seiring dengan usia...aku belum bersedia. Kini, dengan usia yang bakal menginjak ke 27 tahun (yer, aku ngaku dah tua dah...so what?) adakah aku masih belum bersedia?
.....bila ditanya dengan soalan2 untuk berkapel sama ada dengan cara direct ataupun berlapik, aku masih lagi memberikan jawapan yang hampir sama.....dalam usia sebegini,entah mengapa aku masih lagi kebal menolak.....padahal ramai kengkawan sebaye dan tak sebaye dah pun berjaye diberanak-pinakkan.....

Antara alasan aku menolak 10 tahun dahulu...kerana aku masih belajar...aku bimbang tak punya kekuatan dalam memberi fokus....sekarang, sama juga....aku masih belajar. Orang kata, waktu belajar di universiti ni lah kita berpeluang untuk berjumpa dan berkenalan, dan seterusnya bercinta.....aku berjumpa dan berkenalan but unfortunately tidak bercinta.....hasil survey, aku menyedari sikap aku dengan orang lelaki agak dingin dan tidak semesra kawan perempuan yang lain....entah, dah perangai aku cenggini, nak mesra cemane pun aku tak reti....dan satu yang jelas, aku tak lah begitu bergaye dan cun untuk dijadikan kapel....(penyataan benar)

realiti guyz, korang terpesona dengan image....kalau dah face to face dengan aku, mungkin korang akan menyesal.....

Tapi percaye atau tidak, aku meyakini ALLAH dah pun menetapkan pasangan bagi setiap hambNya....aku yakin aku pun turut sama, cuma mungkin buat masa ini aku masih belum temuinya lagi.....Semoga aku bersedia apabila tiba masanya nanti..... :)


Friday, May 14, 2010

Art Issue

Tidak seperti rakan sekelas saya yang lain, saya tidak berkesempatan untuk membentangkan hasil kerja saya untuk kelas Art Issue. Banyak halangan dan terlalu mengambil masa untuk memilih hasil kerja yang sesuai untuk sessi pembentangan. Namun saya harus memberikan reflective statement untuk mengelakkan saya ketinggalan dalam mendapatkan markah. Maka dengan itu saya telah memilih salah satu hasil kerja dalam simpanan saya.

Artwork di atas merupakan hasil kerja untuk pameran INAFF 2010. Ada sejarah disebaliknya, kerana art work ini merupakan kali 3 ianya di ulang buat. Pertama ketika peringkat diploma. Oleh kerana saya tidak begitu mahir dan agak ketinggalan dari rakan yang lain, saya hanya mendapat C+ sahaja.

Kembali menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah, saya mengulang kembali idea iklan tersebut dengan kemasan yang lebih baik untuk kelas Copywriting. Alhamdulillah, saya mendapat A. Kini, saya menyambungnya kembali dengan lebih kemasan dan penggunaan imej grafik yang lebih menarik bagi pameran INAFF 2010.

Tidak berkesempatan untuk mendapat feedback dari pensyarah dan rakan sekelas yang lain, apa boleh saya simpulkan untuk reflective statement ini adalah, pengulangan adalah satu pembelajaran dalam memperbaiki kesilapan. Mungkin untuk pertama kali ianya tidak begitu memuaskan, tapi setelah mempelajari, memperhalusi serta memahami masalah yang kelihatan, untuk masa hadapan hasilkan yang lebih baik lagi. Maka pembelajaran itu tidak akan jadi sia-sia.

studio project

Subjek Studio Project (FNT 720) merupakan subjek wajib yang dimestikan untuk pelajar sepenuh masa Master Of Art Design bagi memenuhi syarat lulus yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti Art & Design dan Universiti Teknologi MARA.

Pada peringkat awal untuk kelas ini, saya mengalami masalah dengan pertembungan kelas yang lain serta masalah untuk mendaftarkannya di dalam system iCRESS. Setelah beberapa ketika masalah ini dapat di selesaikan. Saya turut berdepan juga dengan masalah tenaga pengajar untuk subjek ini. Walaupun hanya saya serta 2 orang pelajar Iran, kami dapat meneruskan pembelajaran kami.

Dengan bimbingan Prof. Ramlan Abdullah, kami diberi kebebasan untuk menghasilkan sesuatu yang kami mahir dan mahu lakukan. Terus terang, saya menghadapi masalah untuk mencari ilham. Seakan saya tidak pasti apakah kemahiran saya yang sebenarnya.

Hampir 2 minggu saya cuba mencari idea apakah yang boleh saya hasilkan untuk subjek FNT 720 ini. Alhamdulillah, saya mendapat idea untuk menghasilkan cartoon caricature pemimpin perang Gaza (Israel – Palstine) dengan campur tangan pihak U.S. Seakan kembali ke zaman sekolah rendah, saya kembali melakar cartoon. Pada mulanya agak janggal, tapi latihan demi latihan, lakaran demi lakaran, saya makin selesa.

Selepas lebih dari 15 lakaran wajah pemimpin perang Gaza, saya beralih untuk mewarnakannya dengan bantuan Adobe Ilustrator.

Walaupun hasilnya agak baik pada pandangan mata saya, namun saya rasakan untuk hasil untuk finishing seakan tergantung. Idea saya seakan menghilang. Saya hilang arah seketika.

Dengan masa berbaki lagi 2 minggu untuk menghantar hasil kerja untuk FNT 720, saya agak buntu mencari idea yang sepatutnya. Kalau boleh saya tidak mahu begitu lari dengan konsep perang gaza dan konsep caricature. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Akhirnya saya dapat memutuskan konsep yang sebenar untuk project caricature saya ini.

Semuanya bermula selepas saya membelek buku The History of Art and Design. Ketika peringkat diploma, saya amat menggemari zaman Art Nouvoe. Poster yang dihasilkan untuk majalah yang diterbitkan pada abad ke 19, amat menarik sekali kerana sering menampilkan wajah-wajah wanita jelita.

Setelah saya selesai dengan sessi Proposal Defense untuk thesis, saya beralih tumpuan sepenuhnya untuk menghasilkan poster caricature saya pula. Oleh kerana masa semakin suntuk saya kecilkan penghasilan poster saya (sepatutnya 5) kepada 3. Setiap satu mewakili pihak yang bertelagah.

Antara pemimpin Isreal Yahudi yang paling terkenal dalam sejarah Perang Gaza. Peranan beliau yang seringkali menolak pelan damai dengan Palestine serta Sabra and Shatila massacre, membuatkan saya amat tertarik untuk menghasilkan caricature beliau serta menampakkan sisi kekejaman beliau.

Presiden US paling kelakar? YA. Presiden US Paling Bodoh? YA. Presiden US paling

Malang? Sememangnya YA!!!

Sayang sekali pejuang sejati ini sudah tiada lagi untuk membela nasib orang Palestine. Namun semangat juang beliau akan tetap dikenang oleh umat Islam sedunia.

Kesimpulan:

Cabaran dalam mencabar diri saya untuk mencari kemahiran diri. Yang pasti, peringkat pengajian MA ini mendesak saya untuk menjadi lebih baik mungkin 10 kali ganda dari peringkat ijazah dan diploma. Melatih kemahiran diri , berfikir dan bertindak. Lakukan ianya sebanyak mungkin, insyaALLAH hasilnya pasti tidak mengecewakan.

Tuesday, May 4, 2010

MyREFLEK

Rasa panas membahang yang membakar tanah bumi Malaysia ketika ini amat begitu terasa ketika aku cuba berusaha untuk menyiapkan sesuatu bagi projek yang berinspirasikan alam. Tujuannya untuk mengaplikasikan segala sifat creative dan innovative yang ada tersimpan di dalam otak jiwa pemikiran pelajar-pelajar MA Art & Design, di UiTM Jln Othman ini.

Pantai Keracut, pertama kali mendengar…dan pertama kali itu juga aku menjejak kan kaki ke sana. Bermula di jeti, aku sudah terhidu ikan kering dan ikan masin yang dijemur. Mungkin belacan pun ada terselit sama. Walaupun aku bukan penggemar yang menyukai ikan kering dan masin, tapi kerana bau itu sebati dengan suasana pantai....kena pula aku kerap menghidunya apabila aku pulang ke kampung untuk berhari raya.

Satu pemandangan yang amat indah sekali apabila melihat bot-bot nelayan yang berlabuh di jeti. Tersusun, bermacam bentuk dan warna. Bayu laut terasa nyaman walaupun terik mentari membakar kulit ku yang makin kusam.

Selama 3 hari 2 malam di Pantai Keracut, memberi suasana yang berlainan dalam diriku. Ada yang suka dan ada juga terhiris di hati. Pulang sahaja kami dari sana, dalam tempoh menghilangkan penat dan fokus untuk mencari maklumat untuk proposal defense ku, dalam tak sedar aku terdetik......apakah artwork yang harus aku hasilkan untuk projek Keracut???

Lebih dari seminggu aku hilang arah, buntu mencari idea, pening dalam berfikir, dan cuba-cuba untuk mengutip cebisan ilham dari kawan-kawan rapat. Agak menyenakkan juga kotak pemikiran ku kerana sebelum ini aku majoring dalam pengiklanan corporate design. Berbeza kali ini, aku melanjutkan pengajian dalam History of Art and Cultural Management. Ada perbezaan dari kursus design yang aku ambil ketika peringkat sarjana muda yang mengambil penekanan tentang aspek design, dengan peringkat Master dimana art itu adalah segala-galanya, ada maknanya, ada metaforanya....dan yang paling penting, aku nak buat apa???

Terlalu tertekan mencari ilham, aku cuba meredakan tekanan dengan melayari filem di Youtube.com. Dalam tersenyum-senyum aku melayan filem kegemaranku ALI SETAN, ada satu babak dimana Ali cuba mempermainkan Asmida dengan menyuruh Asmidar masuk ke bawah meja. Tatkala Asmidar terlihatkan KASUT buruk Ali yang penuh dengan contengan nakal dan lakaran lucu, ketika itu juga aku terfikir….kenapa tidak aku hasilkan kasut…..ya, ‘SENI KASUT’!! (??) Tambahan pula, aku ada cerita ‘busuk’ tentang kasut sewaktu di kerachut…… J

Secara jujurnya, aku perlu berjimat. Ya, dengan yuran pengajian Master yang boleh membuatkan ibu bapa ku terduduk, tempat tinggal jauh, tanggungjawab di rumah, perbelanjaan harian, bulanan, itu dan ini...membuatkan aku lebih memikirkan keperluan yang lain dahulu sebelum keperluan diri sendiri. Jadi, bermodalkan wang RM80 aku merangka perbelanjaan dan bahan-bahan yang aku perlukan untuk menghasilkan satu hasil seni berinspirasikan Alam dari Pantai Kerachut.

Rabu ( 7 April 2010)

- Bermula dari malam Khamis hari Rabu 8 April 2010, aku mengumpul maklumat. Sebarang signifikasi yang boleh aku kaitkan dalam hasil seni ini aku cuba susun dan membuat pemerhatian.

Khamis (8 April 2010)

- Ke esookkan paginya pula aku mula membuat lakaran. Dengan memilih sejenis spesis orkid yang hidup tumbuh di Pantai Kerachut, aku jadikanya sebagai motif utama dalam hasil kerja ini. Oleh kerana masa semakin tidak mengizinkan dan tarikh akhir kami adalah pada 14 April 2010, aku cuba mempercepatkan kelajuanku dalam bekerja.

Jumaat (9 April 2010)

- Membeli peralatan (credit untuk Kak Maisarah Abd Rahman,kerana membenarkan aku untuk mengikut dan mendapat diskaun di kedai peralatan seni di New Town PJ!)

- Agak mencabar dan ’membunuh’ kebolehan diriku, kerana aku tak pernah menggunakan arkilik dalam berkerja, walaupun ketika asas seni lukisan sewaktu diploma dahulu. Hubungan ku dengan warna adalah tidak begitu baik, seboleh –bolehnya aku mengelak untuk menggunakan warna, tapi memikirkan ianya adalah bertemakan Alam dan Alam itu umum mengetahui cantik dan penuh dengan keindahan warnanya, aku memberanikan diri untuk ’bersahabat’ dengan arkilik

Sabtu hingga Isnin (10 hingga 12 April 2010)

- Agak rumit untuk mengaplikasikan arkilik pada permukaan kasut yang agak terhad dan tidak rata, namun alah bisa tegal biasa. Berusaha Fazlina!!

- Selama 3 hari bergelut untuk menyiapkan hasil seni di atas kasut. Nampaknya hubungan sudah agak semakin mekar dengan warna. Masih lagi cuba untuk berkawan.

Selasa (13 April 2010)

- Kasut hampir 98.9% siap. Aku baru terfikir, adalah amat tidak molek jika kasut ini di jinjing sahaja. Tak kan aku nak gantung atau letak di meja begitu sahaja ketika waktu penilaian nanti? Hampir waktu maghrib, aku meredah senja cuba mencari akal apakah ’tapak’ yang sesuai untuk seni kasut ku itu. Mungkin papan tebal atau sebuah kotak cantik? Tapi sayang, kedai peralatan hardware semua sudah tutup pada pukul 7. Aku mencuba nasib dengan memasuki sebuah kedai peralatan dapur. Hampir 15 minit meneliti segala barang di kedai itu, aku terjumpa sebauh papan membasuh kain. Agak besar dan tebalnya menepati piawaian, Cuma sudah agak lama. Mungkin selepas di cat, rupanya akan jadi lebih baik. Dengan wang perbelanjaan yang masih berbaki, aku memutuskan papan membasuh kain itulah sebagai tapak untuk SENI KASUTKU.

Rabu (14 April)

- Hari penilaian. Selepas selesai menyiapkan makanan tengahari untuk penghuni di rumahku, tepat pukul 12.30 tengahari aku bertolak dengan membawa kereta adik lelaki ku ( itupun selepas beberapa siri pujukkan dan rayuan, barulah dia bersetuju untuk mengizinkan aku membawa kereta kesayangannya itu). Sebelum sampai ke Jln Othman, aku singgah dahulu di Shah Alam untuk memberi mounting bourd yang tidak pasti apakah kegunaannya dengan mencetak beberapa keping A3 untuk penilaian nanti. Namun harapan menggunung untuk sesi penilaian ’mati’ secara tiba-tiba apabila tepat pukul 3.05 petang, kereta adikku itu di sondol oleh manusia yang gila membawa kereta secara laju di batu 10, Federal Highway. Keseluruhan petang yang sepatutnya untuk sesi penilaian aku habiskan di Balai Polis Petaling Jaya dan Kedai Membaiki Kereta Jln Kilang sambil menunggu ibu bapaku datang untuk mengambilku.

(p/s: Kak Sarah menyatakan sesi penilaian diberi masa seminggu lagi kerana Prof. Jai dan Prof. Ramlan tidak begitu berpuas hati. Hmm ......tambah kerja lagi)

Rabu (21 April 2010)

- Hari penilaian sesi ke 2. Dengan penuh semangat dan debar aku menantikan komen dari Prof.Jai dan Prof Ramlan. Secara keseluruhan, masih belum mencapai tahap klimaks yang di inginkan! Prof. Jai menyatakan, Seni Kasut ku itu menarik tapi tidak nampak jelas akan proses penghasilannya. Beliau meminta aku menambah lagi selepas sesi defense proposal minggu depan.

ANALISA

Mencabar, berpusing, terluka, terganggu, letih tapi berguna kerana selama dalam proses aku menyiapkan kerja Projek Kerachut ini bermacam situasi dan pengalaman aku alami. Peralihan dari seorang yang berkiblatkan design, cuba beralih arah dengan mendekati art. Bukannya benda baru, tapi kerana sebelum ini aku tidak memupuk sebaik-baiknya inner art yang ada padaku. Mungkin selepas ini hasilnya akan menjadi lebih baik dan menampakkan bahawa aku adalah pelajar ART & design..... J

(p/s: musti korang pelik kan ngape ayat aku kat ataih tu skema bebenor dan bnyak kesalahan ayat juge tatabahasanya...well, itu sebenarnya report reflective statement yang aku kene buat untuk kelas Art Issue.....pasal dah lame tak anta post...so itu post aku yang terkini akibat tekanan kejer yang agak overloaded...padan muker aku, nak sambung MA sngat...nah hambek!!!)

Tuesday, April 13, 2010

Pena pelepah bulu, Merah dan Beku


Keep bothering me all the days….

Ngape? Orait, aku bagitau….Pada hari tertentu, atau secara tak sengaja akan terjumpe yang kite takkan sangke kita akan suker kan? Apatah lagi bende nie memang memang dalam senarai kegemaran….dan secare kite tak sengaje kiter terjumpe, kiter suker dan bende nie turut memiliki criteria yang selame nie kiter tak sedar kiter menyukai bende yang same jenisnya…faham tak?

Huhuhuh….ianya terjadi dan aku suke akannya. Apakah bende ituw?

Filem yang berakhir dengan trajedi.....yup, aku tak sedar yang aku menggemari filem yang ader unsur trajedi di akhir jalan cerita, apatah lagi kisahnya mengenai cinta yang tak kesampaian....(yer aku jiwang....nampak brutal tapi hati ada taman ok!)

Aku boleh katekan filem pertame yang berakhir dengan trajedi dan secare tak sengaje aku menyukai nya adalah filem Raja Ema ngan Allahyarham Mustapha Nor, filem Mawar-Mawar Merah. Korang taw filem nieh? Filem karya Rosnani Jamil yang mengisahkan cinta terlarang antara Raja Ema, anak kakak pada Mustapha Nor yang mana Mustapha Nor adalah Pak sedare pada Raja Ema! Diorang tak bercinta, rasa cinta tu cumer dipendam sepanjang jalan citer....biler time akhirnya si lelaki tak tahan rase cemburu melihat orang yang di’cintai’nya kuar malam balik lambat, yang mane si gadis plak tahu dan meluahkannya.....si lelaki kuar dari rumah dan kemalangan.....meninggal....dan cinta nya pada anak sedare terus disimpan hingga ke mati.....trgedy right?!!

Filem kedua plak filem British, Quills. Filem dia lain sinopsisnya, tapi aku focus pade rase cinta terlarang antara Kate Winslet, seorang tukang cuci kain kat Mental Hospital ngan seorang Paderi, Joaquin Phoenix. Kisah nie berlaku sekitar tahun 1770 something gitu….paderi lak time tu dilarang kahwin, hidupnya hanya untuk tuhan. Kate Winslet bagi hint, tapi dia lawan perasaan dia. Tapi biler berlaku rusuhan kat hospital, Kate terkorban, barulah si Joaquin nie nyesal kan. Cinta terlarang, ended with tragedy.....

again....

Kali nie satu lagi filem menggangu jiwe rage aku sejak 2 minggu lepas. Filem Korea bertajuk Frozen Flower. Kisah tentang Maharaja yang berkahwin dan di desak untuk mendapat anak (perwaris takhta) dengan kadar segera atas desakan politik....theres a problem,....the King is Gay! ....dan kekasih dia adalah Chief of Guard....sebab tak nak meniduri bini dia, dia arahkan kekasih gay dia untuk tidur dan hamilkan bini dia. Well, dia raja dan suker2 dia lah nak arahkan orang kan.....si lover dia pun ngikutlah pasal tak nak menderhaka.....




Si queen nie tahu dan dia pun terpakse lah ngikut....malam pertama dia menangis. Malam kedua berlakulah situasi yang diarahkan... malam ketiga lebih intimate....dan seterusnya tanpa di duga kekasih gay maharaja ader hubungan sulit dengan permaisuri.....walaupun pada mula dia keliru siapa sebenarnya yang benar dia cintai....Si Raja atau si Queen? Sampai lah di hampir penghabisan cerita, si chief guard mengaku pada malam dia ditangkap sedang ’bermadu kasih’ ngan permaisuri kat dalam library pada Maharaja yang dia sebenarnya menyintai permaisuri....aku time tu dah menjerit.....YEAYYYYY!!!!!!!

Raja angin, jeles dan arahkan deputy chief of guard memotong ’organ pembiakkan’ chief of guard…..kejam giler beb….walaupun Raja menawarkan pengampunan supaya chief of guard balik kepangkuan dia, tapi dia lebih sayangkan permaisuri…..

Tang nie aku terlepas, tapi di akhir citer, si raja dan bekas kekasih dia mati setelah bermatian-matian berlawan pedang....sempat lagi si raja bertanye, ...

" pernah tak ko sayang kan aku selame nie..."

.....bekas kekasih dia jawab....

"tak pernah sekali pun.....tak pernah!"....

Sayu, si queen tak berjaya mendapatkan COG sebab dihalang oleh pengawal yang lain....dia cumer dapat bertentang mate ajer, 5 langkah ajer jauhnya......forbidden love, ended with tragedy....see!!!!!!!!

Untuk meluaskan pengetahun, aku bacelah sikit review pasal citer frozen flower nieh. Aku biler dah minat ngan sesuatu tu, aku akan cari paling tidak untuk mendalami dan memahami perkara terbabit.....Kiranya Frozen Flower merupakan filem paling berani dan hampir di samakan dengan filem pornografi yang lain kerana adegan seksnya hampir ¼ dalam keseluruhan filem! Mak aii.....1 adegan yang memakan masa 2-3 minit saje dah kire panas ...apatah lagi dalam filem nie yang adegan panasnya ada 5! (tak silap lah, nie yang aku bace,....adegan keseluruhan tak dapat dipastikan pasal aku tgk yang censored version punyer kat youtube.) But seriously, citer nie best kerana story line nyer.....adegan panasnya aku tolak tepi kerana aku rase tak brape penting sgt untuk dipertimbangkan... well, mungkin sikitlah...pasal aku cukup tertarik ngan cinta terlarang antara Permaisuri ngan Honglim..(ehem, tu name Chief of Guard nyer..hehe), membuatkan rase cam nak buat fanvid.....lagunya dari Dana Glover...karang aku terailah cari vcd ke dvd ke untuk aku ripkan dan edit untuk dibuat music video....tribute to Frozen Flower....

Thursday, March 25, 2010

Sape dapat Name?

Stelah seharian bertungkus lumus dengan penuh kepayahan dan kesungguhan....tambahan plak ngan gangguan anak sedare yang baru 3 tahun... yang sket2 datang mengetuk pintu bilik aku semate2 nak gi kencing pasal takde sape nak tolong jiruskan air untuk dia.....pastu ngan permintaan mak aku tolong masakkan makanan tengahari pasal abah aku hari tu dia cuti plak!
(kalau ikut kebiasaan, kitorang jarang masak tengahari,melainkan biler abah ader kat umah)
tolak lagi ngan waktu rehat nak tgk GLEE.....ngan 10 minit pertame Buletin Utama, inilah hasil yang kununyer nak dibuat pameran aka 'jualan'..(ader ke yang nak beli?)




Okeh, now fokus nak wat studio project plak.....SPSS lagik....thesis lagik...arghhhhhh!!!!

Wednesday, March 24, 2010

INAFF ` 10....(maybe enough for me... )

Another completely insane tahap dewata raya punyer....

Satu lagi hari rabu yang perlu aku lalui dengan penuh hamis dan lencun.....apelah punyer naseb, 2 kali naik bus, 2 kali itu jugak air cond cam hidup segan mati tak mahu.....on the way nak ke kelas plak, tahap tin sardin dah nak tarih luput keadaan aku....terima kasih pada pihak pengurusan syarikat bus yang konon nyer PANTAS KL yang begitu patuh dengan waktu berlepas bus. Orang dah beratur dari pukul 5.00, dia tetap juge nak bertolak pukul 5.30...dah lah patuh, 1 trip at 1 time....letak lah 12 dozen jemaah nak pegi haji pun....hanya satu bus saje akan berjalan, jadi sila lah berasak-asak dengan penuh kerelaan yer....terime kaseh!

Sblom masuk kelas ART issue, dekat hampir 1 jam gitu, kelompok minoriti 771 degan 772 MA students berkumpul sepakat kejap ngan students DESIGN issue. Ghope nyer ader taklimat untuk International Art and Food Festival 2010 (INAFF`10).



Dengan niat datang nak dengar ajer, sekali Prof Ramlan drop a bombshell....
"please submit ur artwork, just give us anything, paling tidak fotografi work time kat Krachut pun jadilah....then put ur price untuk dijual jika ada yang berkenan dengan art work anda nanti...."

At that time, aku rase cam nak letak muke aku nie kat bawak kerusi dah rasenyer...

"ART WORK MENDE AKU NAK BAGI....SUMER BURUKSI NYER TAHAP MENTIBANG LAUT LORRRR....."

Tak semena2 aku rase kurang oksigen, ape aku nak buat.....kalau ikutkan malam nie turn sepatutnyer aku buat individual presentation untuk kelas ART issue. Untuk presentation ni kitorang dikehendaki menunjukkan artwork yang telah dilakukan yang lepas2....aku aderlah se file besar gabak aku bawa kulur-kilir dari hari rabu lepas....aku rase nak terbalik dah biler tgk hasil kerje bebudak yang lain, apatah lagi ratenye sumer budak Fine Art, untuk seketika aku rase malu nak mengaku aku nie budak Art, apetah lagi dulu aku nie budak grafik. Ikutkan aku dulu dalam kultus yang memegang erat software Adobe Illustration ngan Photoshop, sekarang join kabilah yang berurusan ngan berus dan warna....'murtad' grafik teruih aku...huhuhuhuhu....

Aku mengadu ngan kak sarah.....My lovely sister nie memang cukup memahami...kalau lah aku ader akak macam dia kan best...huhuhuhu....

Aku tunjuk work aku yang dulu pade dia.....

dia kate "...ok sangat2 lah nie..."
walaupun aku rase dia memang cukup pandai berdiplomasi demi tidak menyinggung mane2 pihak, aku terima jugak pujian dia walaupun dalam sudut organ hati aku nie maseh lagi rase tak keruan.....

Sekali, dia ternampak work serial ad aku untuk kelas copywriting time part 4 mase amik degree dulu....
dia kate ..."y not combine kan 3 serial nie in one a3 size...it can be a very good piece of art work..... "

Actually, work serial ad itu adalah cebisan art work reject yang aku buat untuk MAJOR DIPLOMA dulu.....aku dapat C+ .....tapi biler aku recycle balik untuk kelas degree, dengan sedikit penambahan dan kemasan, Alhamdulillah.... aku score A!

Dan kali ini misi yang same aku bakal buat...aku akan buat balik art work tu untuk exhibition kali nie......rasenyer aku ader idea menarik nak di tambah......heheheheheh....

(Thank U Kak Maisarah Abd Rahman!)

Friday, March 19, 2010

Si Dia.....


So ironic…… really- really ironic…

Y? Ok, ini merupakan bende yang aku tak pernah kongsi dengan sesiapa pun....

Bagi aku tajuk nie agak besar pengertian nya dan amat sensisitf aku perkatakan...apatah lagi berkongsi....

Tapi biler difikirkan dan mendalaminya, aku rase gembira, nak menangis pun ader dan rase nak....ish....it so complicated...perasaan sendiri pun tak boleh nak define kan...

Buat pertame kalinya aku ngaku hati ini pernah di usik seketika.....mula2 aku nafikan dan aku tak mahu fikirkannya sebab aku rase bende nie mustahil....Jadi aku biarkan walaupun dalam hati nie sering bertanye....." Y u so stupid?????"

Bertahun berlalu, tahun 2007 abah buat sambungan internet....aku seronok berjimba2! Waktu tu aku berjinak ngan laman sosial macam FS dengan MS. Aku seronok dapat jumpa kawan2 lama,add sana sini... dan menggerakkan hati nie untuk mencari si dia..... dia ada, dan ada mahkluk ALLAH ini bertuah telah bersama dengannya.....

Perasaan? aku rasa sangat ralat....tapi gembira untuk dia....

Mungkin setahun selepas tu aku tak brape ingat sangat....hamba yang bersama dengan nya ini telah pun dijemput pergi bertemu Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

Terkejut,terpana...aku mampu bersimpati....mungkin selepas pemergian nya, dia pun semacam menghilangkan diri....langsung aku tak dapat berhubung dengan si dia....

Kini 2010, aku kembali berlive streaming dari bilik selepas berjaya memujuk abah untuk membeli internet broadband....internet yang dulu dah kene potong pasal abah luper nak bayar....akibatnya, nilainya menyamai jumlah hutang kad kredit...

Aku tergerak lagi untuk mencari dia kembali, apa agaknya kabar dia sekarang....Dia ada .......dan semacam aku katakan tadi, it so ironic...kali ini dia telah pun berumahtangga.....

.....semacam luka dihati terbuka jahitannya....tapi aku cube tampal balik dengan hansaplas....tak mampu diubati, terase saket tapi masih bisa terima....

bende yang lepas jangan dikenang fuzz....

Mungkin ada si dia untuk mu nanti.....Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

Yakinlah.....

Wednesday, March 17, 2010

Studio Project Class...


Aku konpius kejap.....

Salah akulah kirenyer......bende tak mahir tapi gatal nak buat...
tapi nie dulu kegilaan aku....aku rase bersemangat biler dapat kebebasan untuk buat bende yang aku suker....dan aku rase tajuk nie sesuai dengan thesis yang aku bakal buat nanti....
Tapi entahlah...adrenalin tak cukup untuk mendorong aku berkeje skang nie....
What should I do?????

Plizzzzz Ya ALLAH....help me through this path.....aku jadi mereng sejak mula masuk kelas nieh....
Kembalikan keterujaan ku...kembalikan kekuatan ku yang dulu.......

My New Page....





Salamah ya Habibi.....

New page u ollss....blog lame terpakse dilupekan pasal aku tak hengat aper paswed yang aku letak...so moral of the stori jgn gatal letak paswed number kalau sendiri fail matematik....huhuhuhuhuh.....

se yaaaa.......